MAIM badan selaras NGO – Ustaz Nasrudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dibawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menjadi Sektetariat Penyatuan dan Penyelarasan untuk semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan diberi peranan utama untuk menggerakkan MAIM berkata, pihaknya telah merangka pelbagai program serta gerak kerja bagi menyokong kerajaan dalam memperkasakan usaha dakwah dan tarbiyah di negara ini.

- Advertisement -

“Saya akan mengambil langkah segera untuk merencana tindakan dakwah berasaskan kluster yang telah dibentuk,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan pihaknya akan ‘merobohkan tembok dan membuka sempadan’ dengan menjadikan YADIM selepas ini dimaksimumkan sebagai satu dermaga untuk semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlabuh kepadanya.

“Kita akan menyatukan kembali NGO-NGO siswah ini dan insha Allah MAIM satu entiti yang berada di bawah YADIM itu akan kembali diaktifkan.

“Resolusi dari Perjumpaan Khas NGO Islam bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin akan segera diperinci dan dilaksanakan bermula Oktober 2020 ini, insha Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini. – HARAKAHDAILY 21/9/2020

- Advertisement -