Jalan baru atasi masalah lalu lintas

KOTA BHARU: Jalan baharu Pasir Hor ke Pasir Jelatang, Pasir Tumboh memberi manfaat besar kepada rakyat.

Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, jalan terbabit menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

Advertisement

Selain itu katanya laluan sejauh empat kilometer tersebut mampu melonjakkan sosio ekonomi penduduk tempatan.

“Kawasan ini sudah tentu sedikit masa lagi pembangunan makin pesat. Sekarang sudah banyak bangunan baru di kiri kanan jalan,” katanya pada majlis perasmian dan penyerahan projek jalan Pasir Hor ke Pasir Jelatang, Pasir Tumboh di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Pemangku JKR Kelantan Ir Suhaili Ismail dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Jalan sepanjang kira-kira 4 kilometer itu melibatkkan kos sebanyak RM19 juta dibina bertujuan menyurai kesesakan lalu-lintas serta menjimat masa perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Tumboh. – HARAKAHDAILY 21/9/2020