Ziarah LKK curah kasih di Negeri Sembilan

- Advertisement -

TAMPIN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Malaysia dan LKK Muslimat PAS Negeri Sembilan telah mengadakan Ziarah Kasih di sekitar Parlimen ini, di sini semalam.

- Advertisement -

Lawatan ini bertujuan mengunjungi kalangan asnaf melibatkan golongan miskin, orang kelainan upaya, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim atau diringkaskan dengan istilah MOSWAY.

Ziarah diketuai Pengerusi LKK Muslimat PAS Malaysia, Dr ‘Uyun Malek diiringi Pengerusi LKK PAS Negeri Sembilan, Ishak Omar dan Pengerusi LKK Muslimat PAS Negeri Sembilan, Rohayati Md Din.

Selain mengambil maklum perkembangan semasa mereka yang dikunjungi itu, rombongan juga telah menyerahkan sumbangan berupa keperluan asas harian serta diharap mengukirkan senyuman kepada mereka.

Misi kebajikan ini menjadi negeri keenam dilaksanakan Ziarah Kasih yang telah dijayakan hasil sumbangan daripada para penderma budiman lagi prihatin. – HARAKAHDAILY 20/9/2020

- Advertisement -