Skuad Yaasiin produk dakwah baharu Muslimat Bentong

BENTONG: Skuad Yaasin menjadi satu lagi produk dakwah Muslimat PAS Kawasan Bentong yang mengeratkan hubungan dengan masyarakat, sekali gus meluaskan agenda penyampaian risalah Islam diwariskan Rasulullah S.A.W.

Advertisement

Skuad digerakkan di bawah kelolaan Lajnah Dakwah dan Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Bentong ini menawarkan pakej perkhidmatan bacaan Yaasiin, tahlil dan secara sukarela di kediaman penduduk yang membuat jemputan.

Turut disertai Ketua Muslimat PAS Bentong, Roslin Jidin bersama-sama Ahli-ahli Jawatankuasa Lajnah Dakwah dan Lajnah Kebajikan, skuad ini mengisi cuti Hari Malaysia di kediaman Norlela Abdullah di Chamang Baharu, di sini baru-baru ini.

Majlis telah dipimpin ahli Skuad Yaasin, Ustazah Faezah Sidir dengan bacaan surah _Yaasiin_ dan tahlil selepas waktu Asar yang berakhir dengan jamuan oleh tuan rumah.

Warga Bentong yang berminat mengadakan majlis seumpama boleh menghubungi Ustazah Faezah (019-983 7348) atau Ustazah Haslina Shahor (019-996 4293) dengan membuat tempahan awal sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh. – HARAKAHDAILY 20/9/2020