Resolusi perjumpaan PM bersama NGO Islam

Resolusi
Perjumpaan Khas
YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Perdana Menteri
Bersama Pemimpin-Pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO Islam) Tahun 2020

Advertisement

Resolusi Pertama
Memperkukuh perpaduan masyarakat Islam berasaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui pendekatan berhemah dan menolak fahaman yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penuh beradab dan menjernihkan semula akidah umat Islam daripada sekularisme Barat dan ajaran-ajaran yang menyeleweng melalui pendekatan holistik di semua peringkat.

Resolusi Kedua
Melakukan inisiatif berterusan untuk membentuk pemuafakatan siasah demi menghasilkan perpaduan ummah dengan meletakkan keutamaan berjemaah berasaskan prinsip saling memahami (tafahum), saling bertanggungjawab (takaful), saling tolong-menolong (ta’awun) dan saling bertimbang rasa (tasamuh).

Resolusi Ketiga
Menangani masalah sosial negara melalui pendekatan agama yang bersifat komprehensif dengan mengutamakan kebajikan dan memperkasakan NGO/Institusi rawatan pemulihan Islam yang aktif dalam membantu kerajaan masa kini.

Resolusi Keempat
Memperjuangkan pendirian berprinsip terhadap isu-isu hak asasi manusia dan undang-undang bersesuaian dengan kehendak Perlembagaan dan konteks sosial politik Malaysia.

Resolusi Kelima
Meletakkan pendidikan sebagai asas perpaduan dan bergerak secara proaktif serta responsif terhadap isu-isu pendidikan bagi memastikan generasi muda terdidik dengan akidah, syariah, akhlak Islamiah, kepimpinan dan keutuhan jati diri.

Resolusi Keenam
Meninggikan kesedaran kepentingan agenda ekonomi dan kepenggunaan Islam dalam masyarakat serta memperkasakan institusi-institusi yang berperanan dalam memperjuangkan pembangunan ekonomi umat Islam.

Resolusi Ketujuh
Menggerakkan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM bagi menjadi wadah penyatuan NGO-NGO Islam serta mewujudkan gerak kerja bersepadu dan kolaborasi strategik sesama NGO-NGO Islam.

‘FASTABIQUL KHAIRAT Mengejar Kebaikan’