Adun Guar Sanji bantu mangsa ribut

- Advertisement -

ARAU : Ribut kencang yang melanda beberapa kawasan di negeri ini kelmarin menyebabkan banyak kediaman penduduk rosak.

Rumah penduduk yang rosak termasuk di Kampung Padang Besar Selatan, Kampung Changkat Jawi dan Kampung Behor Mentalon.

- Advertisement -

Adun Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata selain rumah penduduk, hujan lebat dan angin kencang turut mengakibatkan pokok tumbang dan tiang elektrik mengalami kerosakan.

“Sejak petang hari kejadian saya bersama sukarelawan NGO Pertubuhan Kebajikan Guar Sanji (GS Care) dan Pertubuhan Guar Sanji Prihatin (GS Prihatin) melawat beberapa keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut.

“Bagi membantu meringankan kesukaran yang dialami, kami juga menghulurkan sumbangan awal kepada mangsa ribut,” katanya di sini.

Mohd. Ridzuan berkata, pihaknya mengumpulkan maklumat kesemua mangsa yang terlibat untuk diserahkan kepada agensi kerajaan yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. – HARAKAHDAILY 20/9/2020

- Advertisement -