MB Kedah negatif Covid-19

- Advertisement -

ALOR SETAR:  Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disahkan bebas dari Covid-19 setelah sampel ujian saringan yang ke atas beliau semalam didapati negatif.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang dalam kenyataannya turut mengesahkan 55 individu lain termasuk tiga exco kerajaan negeri iaitu Dato’ Najmi Ahmad, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman dan Wan Romani Wan Salim, juga disahkan negatif.

- Advertisement -

Semalam, Muhammad Sanusi dan 55 individu berkenaan termasuk beberapa orang pemimpin PAS Kedah  menjalani ujian saringan ekoran salah seorang yang hadir di majlis penyerahan sumbangan (PKPD) di Wisma Darul Aman, 14 September lalu, disahkan positif wabak terbabit.

“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi dan menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan rantaian wabak ini dapat diputuskan,” nasihat beliau. – HARAKAHDAILY 19/9/2020

- Advertisement -