Rahsia keteguhan PAS biar diserang segenap penjuru

- Advertisement -

MACAM-macam dah musuh buat dekat PAS. Caci, maki, fitnah, tipu, sabotaj, diskriminasi, penjara dan hatta bunuh. Mereka guna berbagai saluran TV, Facebook, WhatsApp, fake akaun, godam akaun, scammerYoutube dan bagai-bagai lagi. Namun PAS tak terbunuh dan tak mati. Apa yang kita saksikan musuh yang berusaha agar PAS itu mati mereka pula yang mati.

Begitulah tabiat perjuangan Islam di mana-mana zaman pun. Bahkan saya saksikan PAS ini semakin diasak dan ditekan semakin kental pula ahlinya mempertahankan PAS. Semakin dihina semakin ramai pula yang berminat menjadi ahli PAS. Walhal PAS tidak janjikan apa-apa habuan dunia buat mereka. Semua petugas PAS bekerja secara sukarela dan ceria menyumbangkan tenaga.

Saya berpesan kepada musuh-musuh PAS. Daripada kamu habiskan masa memburukkan PAS baik kamu mula belajar mengkaji keajaiban yang PAS miliki ini. Kerana jika musuhi PAS sepanjang usia kamu, nescaya usia kamu akan habis sedangkan PAS masih hidup dan bertambah kuat. Saya percaya… Kalau kamu mengkaji PAS ini secara jujur kamu akan menemui kebenaran di dalamnya. Waktu itu kamu akan rasa betapa batilnya perjuangan kamu sebelum ini.

- Advertisement -

Sering kali saya sebut. Saya tak pernah rasa gusar dan bimbang jika PAS diserang oleh siapa pun. Kerana ahli PAS akan bangun penuh istiqamah mempertahankan PAS. Tapi yang saya bimbang jika ahli PAS mula menjauhi majlis ilmu dan program tarbiyah. Jika ahli PAS mula mabuk dengan ghanimah sehingga lupa kepada jamaahnya. Jika ahli PAS mula hilang ukhuwwah dan setia kawan. Jika ahli PAS mula lupa solat malam dan berzikir kepada Allah. Waktu itu PAS dan ahlinya mula lemah dan mereka akan mula hilang izzahnya. Namun selagi itu tidak berlaku, tiada kekuatan yang dapat membadai PAS insya-Allah.

Jom teman-teman sekalian… Teruskan perjuangan dan jangan hirau sekawanan dubuk yang sedang berkeliaran.

USTAZ MOKHTAR SENIK 
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 18/9/2020

- Advertisement -