Pengaruh animisme dan tahyul dalam penyakit

- Advertisement -

SEKITAR tahun 50-an, penyakit Puru (Yaws) kerap berlaku dalam masyarakat dunia. Punca penyakitnya adalah dari sejenis makhluk spiroket Treponema Pertenue. Sekumpulan dengan penyakit Sifilis tetapi jenis berbeza.

Kisah sebelum merdeka dulu, masyarakat mempercayai pelbagai perkara tahyul apabila seseorang itu dijangkiti Puru. Kononnya penyakit itu timbul hasil rasukan hantu dan saka. Pada masa itu akses untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah terhad.

Sehinggalah tahun 1952 dan 1964, Perubahan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan program pembasmian Puru seluruh dunia. Rawatannya adalah paling murah, mudah dan senang, iaitu antibiotik Penicillin. Satu dose Penicillinsudah mencukupi. Negara kita pun terlibat sama dalam pembasmian itu dan penyakit Puru sudah lama dibasmikan. 

- Advertisement -

Namun dalam dunia, penyakit Puru ini tidak terhapus sepenuhnya. Masih terdapat lagi negara-negara yang wujud penyakit ini seperti beberapa negara di Afrika Selatan dan Papua New Guinea. Faktor utama kenapa jangkitan ini masih menular adalah tidak jaga kebersihan. Masyarakat yang tidak menitikberatkan kebersihan, tidak cakna kesihatan diri akan mudah dijangkiti. Apabila kita lihat fenomena ini, perangai yang sukar dibendung adalah sikap pengotor, tidak menerima rawatan cucuk Penicillin yang ingin diberikan malah kebanyakan mereka ini menolak program imunisasi.

Walaupun Puru itu tiada vaksin yang boleh mencegahnya, tetapi rawatan pencegahan adalah secara kolektif. Terdapat faktor-faktor sikap yang hampir sama di kalangan mereka. Malah terdapat segelintir mereka masih lagi mengamalkan animisme dan percayai perkara tahyul itu sehingga menolak perubatan moden yang cuba dihulurkan kepada mereka.

Semoga penyakit Puru ini tidak timbul semula dalam masyarakat majmuk negara kita.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 18/9/2020

- Advertisement -