PAS DUN Sabai lancar Jentera PRU15

- Advertisement -

BENTONG: PAS DUN Sabai yang terdiri daripada UDM Sertik, UDM Pekan Karak, UDM Bukit Dinding, UDM Karak Setia dan UDM Jambu Rias telah mengadakan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PRU15 di pekarangan PASTI Iqra’ Karak, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program ini bertujuan menyuntik semangat jentera-jentera DUN Sabai bagi berdepan gerak kerja pilihan raya nanti, di samping mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli.

Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu PAS, bacaan doa dan ucapan Pengarah DUN Sabai, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak serta ucapan oleh Yang DiPertua PAS Bentong, Mohd Khairuddin Abdullah.

Majlis turut disemarakkan dengan bacaan ikrar dipimpin Ketua Pemuda PAS Bandar Karak, Adam Haryanto diikuti penyerahan panji kepada ketua setiap UDM.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Parlimen Bentong, Jamali Raib dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Bentong, Roslin Jidin.

Ustaz Ahmad Junaidi dalam ucapannya menyeru Jentera DUN Sabai bersiap sedia sebagaimana perintah Allah pada ayat 60 surah al-Anfal, selain perlu perbetulkan niat dan mendisiplinkan diri sebagai ahli jemaah.

Beliau juga berharap supaya Jentera DUN Sabai dapat menggerakkan kesedaran dalam kalangan ahli yang tidak aktif untuk melibatkan diri mereka dalam gerak kerja pilihan raya.

Selain itu peringatnya, amat perlu untuk dapat menarik seramai mungkin kalangan yang bukan ahli supaya menjadi ahli PAS dan mengusahakan daftar pemilih.

Mohd Khairuddin dalam ucapannya semasa pelancaran berharap agar ahli sentiasa bersemangat dan mengingatkan tiga perkara perlu ada pada jentera iaitu ukhwah erat sesama ahli dan masyarakat, organisasi mantap dan strategi tersusun.

Penegasan mengenai perkara itu turut ditegaskannya dengan dua rangkap pantun:
Kereta hijau menuju ke Barat,
Penuh muatan barang yang berat,
Jentera tersusun ukhwah yang erat,
Rahmat Allah in sha Allah dapat.

Ikan kelah berenang semua,
Anak beruang bersama singa,
Kalah menang bukan alasannya,
Usaha yang gigih perlu dicerna.
HARAKAHDAILY 18/9/2020

- Advertisement -