Muslimat Raub tingkat kekuatan diri dan organisasi

RAUB: Muslimat PAS Kawasan Raub telah mengadakan program Gelombang AKIFI sempena sambutan Hari Malaysia yang telah dilangsungkan di kediaman Ketua Muslimat PAS Cawangan FELDA Tersang, Azizah Abdullah, di sini kelmarin.

Advertisement

Menurut Ketua Muslimat PAS Raub, Habidah Salleh, program ini juga adalah sebagai memperingati genap setahun termeterainya Piagam Muafakat Nasional antara PAS dan Umno pada Himpunan Penyatuan Ummah di Kuala Lumpur tahun lalu.

Munajat AKIFI yang dilaksanakan bertujuan mengharap keredhaan Allah, selain meninggikan kekentalan jiwa kepada perjuangan ini telah dipimpin oleh Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Raub, Ustazah Shibrah Amer.

Pada kesempatan bertemu ini, mereka juga telah melangsungkan Mesyuarat Jawatankuasa Dewan yang antara terpenting mengikuti pembentangan disampaikan Ketua Ameerah Raub, Zafirah Zainuddin selaku Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Muslimat Raub.

Seusai mesyuarat dan jamuan tengahari bersama, himpunan pada hari ini juga diteruskan dengan bacaan Yaasiin dan zikir munajat dipimpin Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Raub, Ustazah Nik Fatinah Nik Ahmad.

Beliau turut menyampaikan tazkirah ringkas mengenai peri penting menambah ilmu Fardhu Ain terutama berkaitan solat dan al-Quran. – HARAKAHDAILY 18/9/2020