Kilang KPFB hasilkan 5000 tan makanan haiwan sebulan

- Advertisement -

KUALA NERUS: Kilang di bawah KPFB Bersepadu merupakan anak syarikat kepada Koperasi Peserta-peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) dan berkemampuan mengeluarkan produk makanan ternakan ruminan bersepadu berupa palet di bawah jenama ‘Sepadu-Rumi’.

- Advertisement -

KPFB yang beroperasi di Kuala Nerus merupakan koperasi yang pertama di Malaysia yang memiliki kilang yang mengeluarkan makanan haiwan.

Ia mampu menghasilkan kapasiti pengeluaran produk makanan haiwan sebanyak 5000 tan sebulan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Wira Mas Ermiyanti Samsudin melawat kilang palet makanan haiwan ternakan tersebut di kawasan perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus diiringi bersama wakil Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali melalui Setiausaha politiknya Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin, hari ini.

Turut hadir bersama Dato’ Sabari Misran, Pengerusi KPFB, Prof Dr Wan Zahari Mohamed, UMK serta Ketua Pegawai Kewangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Sofyuddin Yusof. – HARAKAHDAILY 18/9/2020

- Advertisement -