Ayuh bersama bantu keluarga Ustaz Hisyam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mata mana yang tidak akan menitiskan air mata tatkala melihat keadaan Ustaz Hisyam Yasaa yang kini sedang bertarung dengan sakit kronik.

Ustaz Hisham mengidap kanser pangkal hidung tahap empat dan disahkan sejak empat tahun lepas.

- Advertisement -

Akibatnya, kini beliau tidak mampu lagi bekerja bagi menanggung pendapatan keluarga, apatah lagi isterinya Ustazah Noraida Md Esa pula turut berdepan masalah batu karang di hempedu.

Ustazah Noraida kini terlantar di Hospital Selayang selepas muntah dan sakit di dalam perut akibat batu karang di hempedu.

Anaknya Uwais AlQarni berusia enam tahun pula juga terlantar sakit jangkitan kuman di selaput otak.

Anak syurga ini menghidap penyakit ini ketika berusia lapan bulan lagi.

Penderitaan ini amat berat buat keluarga Ustaz Hisyam malah mereka amat memerlukan bantuan orang ramai bagi menanggung kos perubatan.

Ayuh bersama salurkan sumbang anda ke akaun tertera di 162508199060 Maybank Islamic – Noraidah Md Esa.

Atau boleh menghantar bantuan ke alamat Lot 4 9240 Jalan Melati kg Sungai Tua Baharu 68100 Batu Caves Selangor. – HARAKAHDAILY 18/9/2020

- Advertisement -