Perkukuh MN, PN demi kepentingan rakyat

- Advertisement -

ARAU: Usaha bagi memperkukuh Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dilaksanakan di semua peringkat demi kepentingan rakyat dan negara.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir Khairil Nizam Khiruddin berkata, peranan tersebut juga perlu dipikul Dewan Pemuda PAS Perlis.

- Advertisement -

“Pemuda PAS Perlis perlu memastikan kerjasama MN dan PN terus dipertahankan dan terus menjadi pilihan rakyat di negara ini,” katanya program himpunan jentera pilihan raya Dewan Pemuda PAS Perlis di sini semalam.

Seramai 200 petugas pilihan raya Pemuda PAS Perlis hadir program yang diadakan di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqa.

Turut hadir Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden, Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis Ustaz Azmir Azizan.

Khairil Nizam juga berharap Pemuda PAS Negeri Perlis bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. – HARAKAHDAILY 17/9/2020

- Advertisement -