Selamat Menyambut Hari Malaysia daripada PAS

- Advertisement -

MARILAH kita menghayati pengorbanan para pejuang kemerdekaan dalam membebaskan negara daripada penjajah. Pendekatan damai yang diamalkan telah berjaya menyatukan 14 buah negeri yang membentuk Malaysia hari ini. 

Setelah berlaku rundingan demi rundingan, akhirnya, Sabah dan Sarawak secara rasmi menyertai Malaysia pada 16 September 1963 dengan berlangsungnya Upacara Pengisytiharan Malaysia. 

- Advertisement -

Oleh itu, peliharalah negara dengan mengukuhkan perpaduan berteraskan ajaran Islam, Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi asas keamanan negara. 

Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah As-Syura ayat ke-13:

شَرَعَ لَكُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِۦ نُوحٗا وَٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ وَمَا وَصَّيۡنَا بِهِۦٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰٓۖ أَنۡ أَقِيمُواْ ٱلدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُواْ فِيهِۚ…

“Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”…”

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
16 September 2020 | 28 Muharram 1442 – HARAKAHDAILY 16/9/2020

- Advertisement -