PAS Pasir Salak sumbang katil mudah laras

- Advertisement -

PASIR SALAK: PAS Kawasan Pasir Salak telah mengadakan ziarah kepada Syaeya Zamri, 40 yang lumpuh sejak sembilan bulan lalu di kediaman keluarganya di Kampung Permatang Pelanduk, di sini minggu lalu.

- Advertisement -

Kunjungan diketuai Naib Yang DiPertua PAS Pasir Salak, Yusof Abdullah itu bertujuan menyerahkan katil mudah laras bagi kegunaan Syaeya sebagai meringankan kesulitan yang sedang dialaminya.

Menurut ibu beliau, Basriah Hashim, 70 yang juga mengidap sakit buah pinggang dan tidak dapat berjalan, Syaeya mengalami kemalangan motosikal sejak berusia 18 tahun dan mengalami kecederaan ringan.

Menurut beliau, peringkat awal anaknya itu masih boleh berjalan dan melakukan aktiviti seperti biasa, namun setelah beberapa tahun menghidap diabetes dan kaki yang cedera akibat kemalangan itu semakin membengkok.

Hinggalah awal tahun ini maklumnya, Syaeya tidak boleh berjalan dan sejak dua minggu sebelum ini telah tiga kali berulang ke hospital kerana mengalami muntah-muntah dengan mereka diuruskan oleh cucu dan anak yang tinggal berhampiran.

Terdahulu sebelum sumbangan katil berharga lebih RM3,000 itu bersama wang tunai bagi membantu pengurusan keluarga tersebut, PAS Pasir Salak sudahpun menyerahkan kerusi roda buat kegunaan mereka.

Turut sama Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pasir Salak, Rohizal Jamali Shaari dan Penolong Setiausaha Muslimat PAS Pasir Salak, Faridah Dawam serta Ahli Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung Permatang Pelanduk, Riduan Samsuri. – HARAKAHDAILY 16/9/2020

- Advertisement -