Kedaulatan Sabah bersama dengan Malaysia

Selar Presiden WARISAN yang mahu Malaysia berunding dengan Filipina

- Advertisement -

SAYA menyeru semua masyarakat untuk bersama-sama memperingati semula sejarah 16 September yang merupakan detik penyatuan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963.

Saya berpandangan tanpa penghayatan yang telus menyebabkan tarikh 16 September yang merupakan salah satu tarikh bersejarah bagi Negara Malaysia akan dijadikan sekadar ‘cuti umum’. 

Selain itu, saya juga menyelar kenyataan Presiden WARISAN yang mencadangkan Kerajaan Malaysia agar berunding dengan Kerajaan Filipina berkenaan tuntutan negara tersebut ke atas Negeri Sabah. Hal ini kerana, kedaulatan Negeri Sabah tidak sewajarnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

- Advertisement -

Oleh yang demikian, saya mengajak setiap individu untuk terus menjaga kedaulatan, keharmonian dan perpaduan yang telah dibina sekian lama dengan menghayati dan memperingati sejarah negara tercinta.

Akhirnya, saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia dan menggesa Kerajaan agar sentiasa memastikan kesaksamaan dalam kehidupan, hak, keperluan, ekonomi dan kebajikan rakyat dijaga tanpa mengira bangsa dan agama demi mengekalkan keharmonian negara. 

“Islam Memperkukuhkan Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 16/9/2020

- Advertisement -