Veteran tentera pertahan negara dihargai

- Advertisement -

KOTA BHARU: Tiga bekas anggota tentera yang hilang keupayaan kekal kerana mempertahankan negara dari ancaman komunis mendapat perhatian Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.

Pengarahnya Mejar Syed Mohamed Ifandi Syed Jaafar berkata, usaha itu dilaksanakan sempena Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan.

- Advertisement -

Katanya bagi menyemarakkan program berkenaan konvoi yang disertai 80 veteran daripada 16 persatuan telah menjelajah ke kediaman veteran berkenaan.

“Konvoi ini bertujuan menghargai jasa perajurit yang sanggup mengadai nyawa demi mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

“Nikmat kemakmuran, keamanan dan keselamatan yang dikecapi kini tidak datang dengan sendiri tetapi adalah hasil pergorbanan mereka,” katanya ketika ditemui pada program pelepasan konvoi jejak perwira veteran ATM di Dataran Rehal di sini hari ini.

Program konvoi tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Sebanyak kenderaan terlibat dalam jelajah yang bergerak ke tiga lokasi kediaman veteran di Kok Lanas dan Kota Bharu.

Antara veteran yang diziarahi iaitu Lef Kolonel (B) Muhamad Izam Omar; Pegawai Waren II (B) Ahmad Mahmud dan Koperal (B) Nekya Noor.

Ketiga-tiga veteran itu cedera dan hilang keupayaan kekal selepas terkena jerangkap samar yang dipasang dalam operasi menentang komunis. – HARAKAHDAILY 15/9/2020

- Advertisement -