Kerajaan jamin makanan asasi mencukupi

- Advertisement -

WABAK pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini telah menyaksikan pelbagai mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh pelbagai negara, termasuk Malaysia, antaranya sumber makanan asasi yang mencukupi.

Di dalam ucapan perbahasan Titah Diraja Yang Dipertuan Agong yang lalu, saya membangkitkan isu berkaitan keselamatan makanan negara memandangkan Kadar Sara Diri (SSL) pengeluaran padi dan beras negara pada ketika ini pada kadar 70 peratus dan selebihnya diimport dari luar negara.

Kebimbangan saya adalah berkenaan kecukupan bekalan beras untuk rakyat Malaysia bagi tempoh waktu yang panjang jika sesuatu wabak yang sama atau lebih buruk dari COVID-19 sekali lagi melanda dunia dan negara.

- Advertisement -

Alhamdulillah, berdasarkan jawapan dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di dalam Dewan Negara, Malaysia mempunyai simpanan stok beras yang mencukupi iaitu sebanyak 750 ribu metrik tan, manakala kegunaan negara pada ketika ini hanyalah 200 ribu metrik tan sebulan.  

Dalam masa yang sama, saya menyambut baik usaha Kerajaan menubuhkan Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, dengan kerjasama beberapa kementerian lain sebagai suatu usaha berterusan menjamin tahap sekuriti makanan negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dari aspek ketersediaan, mudah diakses, selamat dan mampu diperoleh rakyat sepanjang masa, dalam apa jua keadaan pada masa hadapan.

Terima kasih. 

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SENATOR USTAZ HAJI IDRIS AHMAD 
 Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 15/9/2020

- Advertisement -