PRN Sabah: PAS akan bantu PN dan BN

SELARAS dengan kenyataan Presiden PAS bahawa PAS Sabah tidak bertanding dan memberikan laluan dalam PRN Sabah kali ini, Muktamar PAS yang berlangsung pada 13 September 2020 secara konsesus bersetuju ianya bukan bermakna PAS akan ‘bersara’ dari politik Sabah, sebaliknya ia sementara sahaja.

Langkah yang diambil oleh PAS adalah semata-mata bagi menjayakan hasrat semua parti pembangkang mengelakkan pertandingan tiga penjuru yang boleh menguntungkan pihak lain dalam PRN ini. Ianya dibuat setelah PAS mengadakan perbincangan hati ke hati atas konsep solidariti pembangkang antara semua parti-parti yang ada di Sabah iaitu Barisan Nasional, BERSATU, STAR, PBS dan SAPP.

Advertisement

Sehubungan itu PAS Sabah dibantu oleh PAS Malaysia akan tetap menggerakkan Jentera Pilihan Rayanya atas kapasiti ‘tidak bertanding’, namun akan memastikan semua pengundi PAS keluar mengundi bagi menyokong calon-calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Setiausaha Agung PAS
14 September 2020 – HARAKAHDAILY 14/9/2020