Usaha satukan umat Islam di semua peringkat

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Semua pimpinan PAS di semua peringkat berperanan menyatukan umat Islam dalam negara serta antarabangsa.

Ini kerana terdapat pelbagai fahaman baik dalam negara dan juga luar negara seperti negara-negara lain.

- Advertisement -

Demikian kata wakil pembahas Perak, Mat Salleh Said, ketika membahas ucapan dasar Presiden PAS, pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 yang berlangsung di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini.

Beliau berkata, tugas setiap pimpinan PAS khususnya adalah mengurangkan ketegangan fahaman-fahaman yang ada selagi mana ia masih atas asas Islam.

Mengulas lanjut katanya, PAS merupakan sebuah gerakan Islam dan bukan hanya sebuah parti politik semata.

Namun sebaliknya, PAS juga berperanan sebagai gerakan Islam yang menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah gerakan Islam dan membentuk menyatukan Islam dengan akidah sesama Islam.

Selain itu juga katanya, PAS juga amat mengutamakan keadilan dan kedamaian sebagai asas untuk menyatukan umat Islam di dunia bagi menghadapi segala ancaman dan kezaliman.

Justeru itu, pelbagai bentuk bantuan disumbangkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berada dalam PAS kepada mereka yang menjadi mangsa ancaman dan kezaliman.

Bagaimanapun katanya, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang mementingkan perpaduan dan penyatuan dengan meletakkan Islam sebagai asas, maka PAS memperjuangkan keadilan sejagat tanpa mengira kaum, agama, bahasa dan sebagainya. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -