Pupuk perpaduan ikut acuan Rasulullah

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Memupuk perpaduan bukan sahaja dalam kalangan sesama Islam tetapi juga bersama bukan Islam sepertimana dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika membina Darul Islamiah di Madinah, suatu ketika dahulu.

Demikian antara petikan ucapan perbahasan menyokong Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Hassan Mahamood, mewakili negeri Kelantan.

- Advertisement -

“Perpaduan mesti dipupuk antara Islam dan bukan Islam sepertimana dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah di mana menyatukan Mujahirin dan Ansarin serta melaksanakan perjanjian damai bersama Yahudi dan lain-lain,” ulas beliau.

Jelasnya lagi, perpaduan lebih penting dari makan minum sementara perpecahan merupakan saudara syaitan yang mahu melihat kesatuan Islam cerai berai.

Hassan juga berkata, kelebihan Nabi Muhammad SAW kerana mukjizatnya, sementara umat Islam kerana bersatu-padunya.

“Berselisih pendapat diizinkan tetapi pepecahan amat dilarang. Keputusan yang telah dibuat oleh pihak atasan parti perlu dipatuhi selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis,” sambungnya penuh semangat.

Justeru itu, beliau menggesa agar pucuk pimpinan parti lebih bersikap tegas kepada ahli-ahli yang mempunyai sikap menentang keputusan parti yang hanya membawa kerugian kepada perpaduan parti.

Kesempatan itu juga beliau mengutarakan cadangan agar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah sepertimana agensi-agensi kerajaan yang lain. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -