Pimpinan PAS sumbang RM50k sempena Muktamar

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah menyumbang RM50,000 kepada Muktamar PAS Pusat kali ke-66 yang berlangsung hari ini.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Hussin Ismail, selain sumbangan itu, Dr Khairuddin juga menyumbangkan makanan petang bagi semua perwakilan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari juga menyumbang RM20,000, AJK PAS Pusat, Muhtar Suhaili menyumbang RM5000.

Sementara Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamad menyumbang RM40,000.

Kesemua sumbangan ini digunakan bagi menyempurnakan perjalanan muktamar kali ini.

Sejak kelmarin muktamar dewan-dewan berlangsung dan tamat pada malam tadi.

Pagi ini muktamar pusat pula membuka tirainya dengan Ucapan Dasar Presiden PAS telahpun disampaikan sebentar tadi dengan tema ‘Islam Memperkukuh Perpaduan’. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -