Perwakilan Kedah ikuti muktamar secara atas talian

- Advertisement -

JERAI : Seramai 60 perwakilan mewakili 12 PAS Kawasan seluruh Kedah mengikuti Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-66 yang dipancar secara atas talian di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak pagi ini.

Menurut Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, tiga PAS Kawasan iaitu Kuala Kedah, Pokok Sena dan Alor Setar dikecualikan hadir dan diarahkan mengikutinya di kediaman masing-masing berikutan terlibat dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), Daerah Kota Setar.

- Advertisement -

Sementara itu katanya, majlis berlangsung dengan mengikuti SOP yang dikehendaki, memakai pelitup muka, penjarakan sosial diperiksa suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

“Semua perwakilan dan petugas yang hadir pada hari ini, kehendaki mengikut SOP yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan sepanjang majlis ini berlangsung,” ujar beliau.

Selain itu, wakil Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) juga hadir bersama-sama mengikuti detik bersejarah ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor dan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi antara yang bersama mengikuti muktamar berkenaan di dewan terbabit. – HARAKAHDAILY 13/8/2020

- Advertisement -