Perwakilan cadang MN dilebar ke Sarawak

Perwakilan Sarawak Morshidi Harun menyampaikan ucapan secara atas talian di Sarawak pada Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-66
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu memperkukuhkan kerjasama bersama Muafakat Nasional (MN).

Perwakilan Sarawak Morshidi Harun berkata, Muafakat Nasional wajar diperluaskan ke Sarawak mengambil kira ramai penduduk Islam di negeri tersebut.

- Advertisement -

Katanya, PAS Sarawak mencadangkan supaya MN hendaklah dilebarkan sehingga ke Sarawak dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku sekarang.

“Perpaduan Islam penting bagi perpaduan rakyat di negara ini. PAS juga perlu berani ketengahkan kepimpinan Islam dalam pentadbiran negara.

“Ini kerana Islam adil untuk semua. Jadi orang bukan Islam tidak perlu khuatir terhadap perjuangan Islam. Lagi pun Islam menjamin hak-hak orang bukan Islam,” katanya ketika membahas ucapan Dasar Presiden pada muktamar kali ke-66 di PUTIK hari ini.

Beliau juga mencadangkan menteri dan timbalan menteri yang membabitkan pemimpin PAS dalam kerajaan PN sekarang diajak bertandang ke Sarawak.

“Turunlah ke Sarawak lagi pun negeri itu tidak lagi dikenakan kuarantin sekarang. Rakyat Sarawak kasih sayang kepada pemimpin PAS,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -