PAS Wilayah Persekutuan seru jadi Sukarelawan YADIM

Perwakilan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Rani Mohamad Daud
Perwakilan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Rani Mohamad Daud ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 di PUTIK, Kelantan
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS Wilayah Persekutuan menyeru ahli-ahli PAS dari segenap lapisan masyarakat tidak mengira ahli Dewan Ulamak, Muslimat PAS, Pemuda PAS atau Assabiqun mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Menurut wakil mereka, Abdul Rani Mohamad Daud, dalam usaha mengoptimumkan kerja-kerja Islam, ahli-ahli PAS perlu memanfaatkan kedudukan PAS ketika ini yang berada di blok kerajaan dengan menampilkan program-program berimpak tinggi yang tentunya memanfaatkan rakyat.

- Advertisement -

“Kami di Wilayah Persekutuan, meminta dan mencadangkan semua ahli PAS menyertai sukarelawan YADIM agar kita dapat menyertai amal islami dalam entiti kerajaan, dan tidak semata-mata dari laluan parti.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua PAS negeri-negeri, kawasan-kawasan dan pelbagai entiti PAS hendaklah terlibat dalam NGO dan NGI di bawah laluan YADIM.

Target kita, kita ingin kumpulkan 10,000 sukarelawan YADIM sebelum Disember 2020, semua boleh terlibat baik dari ahli Dewan Ulamak, Pemuda PAS, Muslimat PAS dan Assabiqun PAS,” ujarnya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS pada Mukatamar Tahunan PAS kali ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -