Murali Abdullah sah sertai PAS

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengarah filem terkemuka negara, Mohammed Murali Abdullah hari ini secara sah menjadi ahli PAS apabila menyerahkan borang keahliannya di Muktamar Tahunan PAS kali ke-66.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas perasmian Muktamar PAS Pusat dan Ucapan Dasar Presiden sebentar tadi.

- Advertisement -

Permohonan beliau dicadangkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan dan disokong oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Antara anugerah yang pernah diterimanya pengarah terbaik drama anugerah skin 2010, pengarah berunsur Islam terbaik, anugerah media Islam negara 2009, pengarah terbaik drama anugerah skin 2008.

Terdahulu sebelum ini, Murali yang banyak mengarah filem berunsur dakwah telah menulis dalam laman Facebooknya awal tahun ini mengenai pertemuannya dengan Tuan Guru Presiden PAS itu.

Beliau turut memuat naik fotonya dalam hantaran tersebut malah menyatakan pandangan yang sangat positif kepada ahli Parlimen Marang itu. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -