Muktamar PAS kali ke-66 ikut SOP

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Gelombang Covid-19 yang masih lagi melanda negara tidak menghalang PAS meneruskan agenda tahunan dengan mengadakan Muktamar kali ke-66 hari ini.

Setiap perwakilan yang mahu memasuki Dewan Besar Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) perlu melakukan saringan badan bagi memastikan tahap suhu badan mereka.

- Advertisement -

Suhu dihadkan hanya sehingga 36.7 darjah Celsius sahaja yang dibenarkan masuk dalam dewan.

Kawalan pintu masuk begitu ketat bagi memastikan hanya perwakilan dan petugas dibenarkan masuk.

Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut melakukan saringan badan.

Kedudukan setiap perwakilan dijarakkan sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Jam 9.15 pagi Presiden dan pimpinan utama PAS memasuki dewan dengan mengambil kedudukan di pentas utama.

Perwakilan yang menghadiri muktamar ditempatkan mengikut negeri-negeri dan bukan berdasar kawasan seperti sebelum ini.

Perwakilan Kelantan paling ramai mengambil kira sebagai tuan rumah. Dewan Besar Putik dihiasi dengan warna hijau dan putih, di mana perwakilan mengenakan pakaian baju putih dan bersamping hijau.

Turut kelihatan mengikuti perasmian muktamar kali ini Presiden Ikatan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Muktamar kali ini juga memperlihatkan kelainan selepas PAS berada dalam Perikatan Nasional yang menguasai Putrajaya sekarang. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -