Menteri jadi perwakilan muktamar PAS

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kalau sebelum ini ramai yang agak bersikap skeptikal mengenai pemakaian purdah dalam kalangan wanita Islam, namun hari ini ramai yang menutup separuh muka.

Perwakilan dan petugas perlu memakai pelitup muka dan mereka yang tiada pelitup tidak dibenarkan masuk.

- Advertisement -

Pengerusi Tetap PAS Hussin Ismail berkata, sekarang memakai penutup muka bukan lagi perkara asing mengambil kira wabak Covid-19 yang sedang melanda sekarang.

“Semua yang berada dalam dewan PUTIK yang besar ini kelihatan memakai pelitup muka. Perwakilan juga duduk dalam keadaan penjarakan sosial,” katanya ketika memulakan acara perasmian muktamar PAS kali ke-66 di PUTIK hari ini.

Acara perasmian dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh qari jemputan dari Mesir Syeikh Hissam.

Muktamar juga mencatat sejarah apabila pertama kali menggabungkan tiga menteri besar PAS yang menerajui kerajaan sekarang.

Namun Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor tidak dapat hadir berikutan Covid-19 melanda negeri itu sekarang.

Perwakilan dari Kedah tidak diundang pada muktamar kali mengambil kira wabak yang melanda kebelakangan ini.

Mereka mengikuti muktamar di 15 stesen ditetapkan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Hanya kelihatan dua menteri besar iaitu Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Selain itu terdapat juga menteri dan timbalan yang menghadiri muktamar kali ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali, Menteri Hal Ehwal Parlimen Dato’ Takiyuddin Hassan turut kelihatan.

Selain itu juga kelihatan Timbalan Menteri Pertanian dan Makanan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -