Malaysia tidak pernah iktiraf Israel

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pendirian PAS berkaitan normalisasi terhadap Isreal adalah selaras dengan pendirian kerajaan pusat yang tidak pernah mengiktiraf penubuhan negara tersebut.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Malaysia tidak akan mengikut langkah negara Arab menerima Israel.

- Advertisement -

“Pendirian kita sama dengan kerajaan pusat, tidak mengiktiraf Isreal dan kita tidak akan bersama negara lain, tidak ada hak campur tangan melalui normalisasi.

“Normalisasi Isreal ini kita tidak setuju, kebanyakan negara Islam lain tidak setuju kerana kita anggap negara itu didirikan dengan cara tidak betul,” katanya pada sidang media pada Muktamar Tahunan PAS Pusat di Putik hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Bahrain merupakan negara Arab terbaru yang mencapai kesepakatan dengan Isreal selepas Emiriyah Arab Bersatu, Mesir dan Jordan.

Usaha yang diterajui Amerika Syarikat itu mendapat kecaman beberapa negara lain seperti Palestin, Iran, Turki dan Yaman. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -