Lebih RM60k diserah bantu PKOB

JERAI: Sejumlah RM63,556 diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, untuk Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Covid Daerah Kota Setar yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) oleh PAS Kedah sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-66 hari ini.

Advertisement

Menurut Setiausaha Badan Perhubugan PAS Kesah, Ustaz Mussoddak Ahmad, kutipan yang dilancarkan hari ini (13 September) di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak disumbangkan oleh PAS Kawasan-kawasan, dewan-dewan negeri, Adun-adun dan perseorangan.

“Sumbangan ini adalah untuk membantu Kerajaan Negeri kepada golongan yang terjejas akibat PKPD di Kedah,” maklum beliau.

Berikutan itu, Menteri Besar Kedah akan menyerahkan sumbangan berkenaan kepada PKOB hari ini.

Selain itu, Muhammad Sanusi mewakili PAS Relief menerima sumbangan untuk mangsa letupan bom di Beirut sebanyak RM30,000 yang diserahkan oleh Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman mewakili PAS negeri tersebut.

Antara lain, majlis penyerahan borang keahlian PAS dari Kawasan Baling (128) dan Jerai (504) juga diadakan. – HARAKAHDAILY 13/9/2020