Institusi Hisbah kawal kerajaan di bawah PAS

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dalam apa keadaan sekalipun PAS akan berusaha melaksanakan amanah dan janji kepada rakyat.

Perwakilan Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan yang diterajui PAS berusaha mengembalikan hak rakyat yang dinafikan kerajaan terdahulu dalam keadaan apa sekalipun.

- Advertisement -

Katanya, kebajikan rakyat mesti diutamakan dengan mengambil kira PAS sekarang merupakan sebahagian kompenan kerajaan Persekutuan.

“Biarpun begitu prinsip perjuangan PAS mesti dipegang secara konsisten dan tidak mudah goyang,” katanya ketika membahas Ucapan Dasar Presiden pada muktamar PAS di PUTIK hari ini.

Beliau juga menyarankan semua anggota parti perlu bertanggungjawab mengisi kemenangan kerajaan dalam keadaan apa sekalipun.

Bagaimanapun kata beliau selepas menerajui kerajaan jangan pula pilih bulu menyelesaikan urusan rakyat.

“Perbuatan itu mesti dielakkan sebaliknya hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan berhemah.

“Namun saya bimbang sekiranya muncul pelbagai watak wujud setelah menjadi kerajaan. Ada orang sebut pelobi projek, Mr 10 peratus dan seumpamanya.

“Ia mesti ditangani dengan cermat supaya tidak menjurus kepada unsur rasuah,” ujarnya.

Oleh itu katanya bagi mengelak berlaku situasi itu, Institusi Hisbah wajar diwujudkan bagi mengelak berlaku gejala sedemikian berlaku dalam kerajaan yang ditadbir PAS. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -