Dewan Ulamak kawasan hadiri muktamar 2021

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS negeri-negeri diarah menubuh Dewan Ulamak PAS kawasan-kawasan selepas Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) melulus pendaftarannya baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, Dewan Ulamak PAS Negeri perlu menubuh penajaan Dewan Ulamak PAS kawasan-kawasan.

- Advertisement -

Katanya pada tahun hadapan Dewan Ulamak PAS kawasan-kawasan akan menghadiri muktamar PAS.

“Selepas ini saya akan arahkan kepada Dewan Ulamak PAS Negeri untuk memastikan penajaan Dewan Ulamak PAS kawasan di seluruh negara,” katanya.

Semalam, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Dr Nik Zawawi Salleh berkata, proses kelulusan Dewan Ulamak PAS kawasan agak lewat selepas berdepan wabak Covid-19.

Seorang perwakilan Dewan Ulamak mempersoalkan mengapa PAS mengambil masa begitu lama untuk diwujudkan Dewan Ulamak PAS kawasan.

Takiyuddin juga berkata, muktamar PAS tahun hadapan dijangka akan diadakan di Melaka atau Perak.

Kata beliau sempena muktamar itu akan diadakan perayaan ulangtahun ke-70 penubuhan PAS sejak 1951. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -