Blok PN jadi pilihan rakyat sekarang

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Blok Perikatan Nasional (PN) biarpun baharu muncul namun semakin menjadi pilihan rakyat sekarang.

Perwakilan Johor, Ustaz Salehuddin Mohd Dahiran berkata, biarpun pakatan politik itu masih baharu namun semakin diyakini rakyat.

- Advertisement -

Malah kata beliau PN sudah ada calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Katanya keadaan itu berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) masih belum ada persetujuan calon perdana menteri pakatan terbabit.

“PN sudah menerima calon perdana menteri bagi menghadapi PRU-15 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sedangkan pembangkang masih belum ada calon perdana menteri mereka,” katanya ketika membahas Ucapan Dasar Presiden.

Oleh itu beliau berharap kerjasama atas nama PN perlu dipastikan berlaku satu lawan satu pada PRU ke-15.

Beliau juga berkata, pada PRU lepas kira-kira 75 peratus orang India menyokong PH, manakala orang Cina pula sehingga 80 peratus.

“Jadi kita kena gerakkan DHPP untuk menarik sokongan masyarakat bukan Islam kepada Perikatan Nasional.

“Kalau kita dapat tarik sehingga 50 peratus orang bukan Melayu ada potensi baik untuk PN menang pada PRU-15,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -