Awas musuh Islam menyusup dalam masyarakat

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) memandang serius peringatan yang telah disampaikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa musuh Islam sedang menyerap aktif masuk ke dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat.

Ketuanya, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata terutamanya dalam suasana sekarang ini yang telah berada 100 tahun selepas kejatuhan khalifah Islam yang terakhir iaitu Bani Uthmaniyah, sememangnya keadaan umat Islam dalam kegawatan.

- Advertisement -

Beliau turut menyeru seluruh ahli yang hadir untuk bersama menghayati ayat yang selalu dibacakan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.

“Marilah sama-sama kita membawa ahli keluarga untuk bersama menghayati Islam yang sebenar dengan mengikhlaskan hati sanubari yang ada pada hari ini, kita lakukan segalanya untuk Allah SWT.

“Seterusnya, sentiasa memperbaiki ibadah fardhu dan menambah ibadah sunat serta membawa ahli-ahli keluarga kita khususnya untuk berganding bahu dengan jemaah ini bagi menegakkan Islam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ingatlah bahawa apa yang dilakukan ini sebenarnya adalah untuk menyelamatkan diri sendiri kerana Allah SWT mengingatkan bahawa ‘sesiapa yang berjihad sebenarnya dia sedang berjihad untuk dirinya sendiri’.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 di PUTIK, hari ini. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -