‘2 bulan lagi Harakah dicetak 50,000’

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: “Saya mahu tengok dua bulan lagi Harakah mampu dicetak sehingga 50,000 naskhah setiap edisi dengan sokongan semua ahli dan penyokong PAS di seluruh negara.

Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad berkata, Harakah sekarang hanya dicetak sebanyak 25,000 naskah sedangkan jumlah ahli PAS sehingga hampir sejuta orang.

- Advertisement -

Katanya beliau berharap ahli PAS menyokong PAS kerana akhbar cetak berdasar kajian masih lagi penting menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

Harakah perlu sokongan tuan-tuan, jadi dua bulan lagi saya mahu tengok Harakah boleh dicetak sehingga 50,000 naskah setiap edisi,” katanya pada ucapan penggulungan Muktamar PAS kali ke-66 di PUTIK hari ini.

Menurutnya, kalau bukan ahli PAS yang membeli Harakah kepada siapa lagi yang hendak diharapkan.

Beliau juga berkata, bagi mereka yang tidak mahu membeli Harakah cetak boleh melanggan e-Harakah dengan hanya membayar sebanyak RM10 sebulan.

Menurutnya juga sekarang Harakah mengadakan promosi dengan menawarkan harga rendah kepada orang ramai.

Harakah juga melantik agen di seluruh negara bagi meningkatkan langganan Harakah,” ujarnya.

Beliau juga berharap ahli dan penyokong PAS memberi sokongan padu bagi mengakses Harakahdaily setiap pagi.

Kata beliau selepas solat Subuh, membaca al-Quran, ahli-ahli PAS hendaklah membelek laman Harakahdaily.net bagi mendapat maklumat semasa yang dipaparkan. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -