120 perwakilan Johor bermuktamar ‘online’

PAGOH: Seramai 120 perwakilan mewakili 26 PAS Kawasan dan dewan-dewan negeri seluruh Johor, mengikuti Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-66 secara di atas talian bertempat di Kompleks Sukan, Pagoh, pagi ini.

Ketua Penerangan PAS Johor, Rusman Kemin berkata, situasi berkenaan merupakan pengalaman baharu bagi negeri itu berikutan pandemik wabak Covid-19 di Malaysia belum pulih sepenuhnya.

Advertisement

“Ini merupakan pengalaman pertama dan alhamdulillah dengan kemahiran unit produksi media penerangan, muktamar ini dapat diikuti dengan jelas walaupun tidak berada di tempat kejadian,” ujarnya.

Katanya lagi, Muktamar Tahunan PAS Pusat yang diadakan di Dewan PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan dipancarkan menggunakan mega skrin LED p5 dengan sistem bunyi yang canggih dan jelas untuk memberi keselesaan kepada hadirin.

Sementara itu, majlis di Kompleks Sukan terbabit turut dihadiri 130 pemerhati. – HARAKAHDAILY 13/9/2020