PRN Sabah: PAS melihat agenda lebih besar

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) tetap terus teguh bersama rakan-rakan politik Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

- Advertisement -

Agenda besar untuk membina negeri Sabah lebih menjadi keutamaan bersama dengan rakan-rakan komponen.

Untuk itu, PAS mengambil keputusan yang tidak popular demi mencapai matlamat tersebut selari dengan kenyataan Tuan Guru Presiden PAS bagi mengelak berlakunya pertembungan lebih dua penjuru.

Menjadi perkara yang lebih utama adalah bagi memastikan kepentingan Islam dan perpaduan ummah terpelihara.

Malah, keutamaan dalam memastikan kerjasama terus utuh berbanding membiarkan peristiwa PRU-14 kembali berulang.

PAS tetap konsisten dengan agenda menyelamatkan negara dan ummah agar terus hidup bermasyarakat majmuk serta membangunkan negara menurut syariat Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan yang dibuat diterima sebulat suara oleh seluruh ahli PAS sama ada di peringkat Sabah mahupun di Semenanjung dengan penuh taat dan akur demi mencapai agenda yang lebih utama.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 September 2020 | 24 Muharram 1442 – HARAKAHDAILY 12/9/2020

- Advertisement -