Penubuhan Dewan Ulamak kawasan dilulus RoS

- Advertisement -

MACHANG: Selepas agak lama memperjuangkan untuk menaik taraf Urusan Ulamak peringkat kawasan kepada Dewan Ulamak PAS kawasan, ia bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pengumuman tersebut bakal dibuat pada Muktamar PAS Pusat esok.

- Advertisement -

Menurutnya, penubuhan Dewan Ulamak PAS kawasan sudah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), yang kini menjadi satu cabaran kepada golongan ulamak.

“Apa sahaja perkembangan mengenai Dewan Ulamak PAS Kawasan akan diberitahu esok selepas usaha ini mendapat kelulusan daripada RoS.

“Kita jangan bergembira, kita kena anggap ini sebagai satu cabaran besar yang perlu digalas oleh kepimpinan ulamak di kawasan,” katanya ketika ditemui selepas muktamar Dewan Ulamak melabuh tirai di Markas Dewan Ulamak di sini, hari ini.

Berucap pada sesi penangguhan sebelum itu beliau berkata dengan penubuhan tersebut Dewan Ulamak PAS perlu memiliki pejabat di kawasan masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, usaha itu bakal memperkasakan lagi tiga tonggak PAS iaitu politik, tarbiyah dan dakwah. – HARAKAHDAILY 12/9/2020

- Advertisement -