Pemuda diakui banyak cetus idea kepada PAS

- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA: Dewan Pemuda PAS sebagai sayap penting bagi parti telah banyak mencetuskan idea baharu dalam menyambung perjuangan dan gerak kerja parti secara keseluruhannya.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan perakuan itu ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kali Ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini sebentar tadi.

Katanya, Pemuda yang sentiasa ceria dan hijau dalam perkembangan sejak mula ditubuh parti hingga ke hari ini diyakininya untuk berterusan begitu sampai masa akan datang.

“Beberapa gagasan-gagasan baru yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda bukan sahaja berlegar dalam konteks Pemudanya, bahkan terkadang ianya menjadi polisi dan dasar diterima di peringkat Pusat termasuklah menjadikan kepiminan ulamak sebagai teras dalam perjuangan parti.

“Lantaran itu, PAS, parti melihat bahawa keceriaan dan cabaran-cabaran yang baru yang sedang kita hadapi memerlukan suatu dukungan yang sangat utuh dan kuat khususnya di kalangan anak-anak muda kita bagi mencapai cita besar sebagaimana yang kita nyatakan dalam muqaddimah tadi,” ujarnya.

Terdahulu tegasnya, penglibatan PAS yang meletakkan asas utama dalam perjuangan dengan menjadikan dakwah, siyasah dan tarbiyah sebagai tiga tonggak utama parti.

Jelas beliau, ia bagi mencapai cita-cita besar iaitu mewujudkan sebuah negara yang diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T dan mendapat rahmat-Nya iaitu mencapai Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur.

“Dalam menghadapi cabaran-cabaran yang besar dalam sejarah panjang perjuangan PAS, kita menyedari betapa naik jatuh atau jatuh dan bangunnnya perjuangan kita yang dinilai sama ada dalam konteks penglibatan kita dalam bidang-bidang politik atau kerjasama politik atau yang lebih besar lagi ialah dalam gerak kerja dakwah bagi mencapai cita tersebut,” peringatnya.

Terangnya, PAS menyedari bahawa norma baharu yang dialami pada waktu ini mungkin mengambil masa sangat lama, bahkan percaya ia akan menukarkan norma lama dengan tidak mungkin lagi balik kepada norma tersebut.

Sehubungan itu tegas beliau, persiapan ini kepara suatu anjakan besar diperlukan dari sudut persiapan parti, bahkan jentera dalam menghadapi pilihan raya atau pendekatan dalam konteks dakwah.

“Dalam menghadapi cabaran norma baharu yang kita hadapi, kita menyedari betapa norma baharu COVID-19 telah pun mengubah segala paradigma dunia keseluruhannya, sama ada dalam pendekatan ekonomi, pekerjaan, perhubungan.

“Bahkan dia meliputi aspek-aspek keagamaan yang memerlukan suatu penelitian dan persediaan yang kukuh dan rapi kepada perubahan-perubahan tersebut.

“Maka oleh kerana itu, dalam menghadapi situasi yang baru yang sedang dialami hari ini, dunia masih lagi meraba, mencari vaksin terbaik bagi mengatasi cabaran tersebut. WHO meramalkan kemungkinan dalam tempoh 2 tahun barulah vaksin dapat ditemui,” jelasnya.

Namun perkembangan mutakhir katanya, dengan suatu anjakan ataupun virus yang disebut sebagai sangat luar biasa berkembang sebagaimana sedang berlaku di India beberapa hari lalu membuktikan dunia sebenarnya masih lagi tidak selamat dalam situasi cabaran COVID-19.

Oleh kerana itu, sebagai sebuah gerakan Islam, PAS menurutnya, bukan sahaja perlu berhadapan dengan cabaran, tetapi perlu menyediakan kelengkapan diri bagi menghadapi cabaran-cabaran yang dijangka dan yang tidak dijangka.

“Sehubungan dengan itu, beberapa perkara asas bagi mencapai cita-cita ini, perlu dilaksanakan dan digerakkan dengan sebaik mungkin,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/9/2020


- Advertisement -