Muktamar DMPM sesi pagi hari kedua bermula

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-60, memasuki hari kedua telah berlangsung di Hotel Premiera Menara MARA di sini, hari ini.

Muktamar Tahunanan DMPM bermula dengan perbentangan agenda pegesahan peringatan Muktamar kali ke-60, dan kemudian dikuti dengan pembentangan laporan tahunan sesi 2019-2020 fasa 20 (2).

Advertisement

Manakala dijangka akan meneruskan dengan agenda pembentangan penyata kewangan dan pemilihan perwakilan ke Muktamar Tahunan PAS serta akan berakhir dengan perbahasan usul dan ucapan penangguhan oleh Ketua DMPM, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ini berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) belum berakhir.

Muktamar DMPM kali ke-60 berlangsung dengan penuh tata tertib mengikut prosedur operasi standard (SOP) tanpa mengabaikan satu pun daripada SOP yang ditetapkan. – HARAKAHDAILY 12/9/2020