MN diharap terus kekal selamanya

- Advertisement -

MACHANG: Dewan Ulamak PAS Pusat hendaklah membuat persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dengan persediaan rohani dan jasmani.

Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Dato’ Bentara Ahmad Yakob berkata, ulamak hendaklah memain peranan bagi memperkukuhkan kekuatan dalam kalangan ahli.

- Advertisement -

Katanya, ia bertepatan dengan tema Dewan Ulamak PAS Pusat kali ini iaitu Ulamak Perteguhkan Muafakat.

“Bersatu pun bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) bagi memperkukuhkan pakatan yang wujud antara PAS dan Umno sebelum ini.

“Saya berharap muafakat atas nama MN bukan sahaja untuk menghadapi pilihan raya ke-15 semata mata, sebaliknya diharap terus kekal untuk selama lamanya,” katanya ketika merasmikan persidangan Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-59.

Muktamar tersebut diadakan di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan di Labok dekat sini, hari ini.

Pada muktamar tersebut anugerah Tokoh Ulama Mithali 2020 diberi kepada Tuan Guru Sidek Noor dari Perak.

Manakala anugerah Pembangunan Kepimpinan terbaik diberi kepada Dewan Ulamak PAS Kelantan. – HARAKAHDAILY 12/9/2020

- Advertisement -