Kefahaman Islam benteng selamat akidah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia menjadi contoh tauladan dalam menyedarkan masyarakat terutama wanita untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh dalam kehidupan.

Kefahaman terhadap Islam menjadi benteng pertahanan diri paling ampuh dalam menghadapi serangan aqidah dan pemikiran serta budaya songsang.

- Advertisement -

Perwakilan Dewan Muslimat PAS Perlis, Husna Hashim berkata, melalui kelas-kelas pengajian dan aktiviti kemasyarakatan, muslimat PAS berjaya berperanan dalam bidang dakwah sekali gus menjadi ikon di bidang siasah.

“Kedudukan wanita dalam Islam tiada bezanya dengan lelaki dalam merebut pahala dan redha Allah. Keterampilan wanita pada zaman pemerintahan Islam mesti dijadikan contoh sehingga ke hari ini.

“Contohnya seperti Saidatina Sumayyah iaitu tokoh syahidah pertama, Saidatina Khadijah pula adalah jutawan yang dermawan, Saidatina Aisyah pakar dalam bidang keilmuan dan Saidatina Nusaibah Panglima di medang perang,” katanya semasa ucapan pengulungan sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia di Hotel Premiera, Menara MARA Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau juga berkata, peranan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menangani isu antarabangsa begitu penting.

“Kezaliman terhadap umat Islam minoriti di Uyghur Republik Rakyat China, etnik Rohingya di Myanmar, begitu juga di Somalia, Yaman, Syria, Sudan, Libya dan lain-lain, tidak boleh dibiarkan begitu saja.

“Sebaliknya muslimat meyokong penuh usaha-usaha NGO kemanusiaan dalam membantu mereka. Muslimat juga akan terus menjayakan misi-misi kemanusiaan antarabangsa dan bekerjasama dengan PAS Relief dan NGO-NGO lain,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 12/9/2020

- Advertisement -