DMPM: Dua usul diterima tanpa bahas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS (DMPM) sebulat suara menerima dua usul yang dibawa tanpa dibahaskan dalam perbahasan usul di persidangannya hari ini.

Usul yang diterima adalah mengenai gesaan kepada kerajaan supaya mengambil tindakan serius dalam usaha membanteras aktiviti perjudian tanpa lesen yang sememangnya berleluasa terutama di pekan-pekan kecil dan kampung.

- Advertisement -

Usul berkenaan dibentangkan oleh perwakilan Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang yang disifatkan bertepatan dengan semangat tema Muktamar Dewan Muslimat PAS iaitu Islam memimpin, wanita sejahtera.

Satu lagi usul yang diterima tanpa bahas adalah usul daripada perwakilan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan yang mengusulkan supaya pihak KWSP di bawah Kementerian Kewangan memberi kelonggaran kepada pencarum untuk menggunakan kewangan akaun satu bagi tujuan mengerjakan ibadah haji khusus buat mereka yang ingin mengerjakan haji.

Sejak malam tadi telah berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia di Hotel Premiera, Menara MARA Kuala Lumpur. – HARAKAHDAILY 12/9/2020

- Advertisement -