Cuti Iddah bergaji penuh dicadangkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perwakilan Muslimat PAS kawasan Rompin hari ini mengusulkan pada persidangan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia mengenai cadangan supaya kerajaan memberi cuti iddah bergaji penuh kepada para isteri yang kematian suami diperuntukkan dalam sektor kerajaan dan swasta.

Pandangan itu dikemukakan sebagai satu inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi menjaga kebajikan wanita dari sudut emosi dan pengurusan hidup selepas kematian suami.

- Advertisement -

Selain itu, ia juga bertujuan menyedari bahawa apabila kematian suami pelbagai urusan perlu diselesaikan isteri, oleh itu amat wajar bagi kerajaan mempermudahkan wanita yang kematian suami.

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Negeri Johor mengusulkan supaya PAS Pusat membentuk satu jawatankuasa integriti yang keanggotaannya dilantik dan dipilih oleh Majlis Syura Ulamak PAS bagi menyiasat sebarang dakwaan salah laku dalam pimpinan PAS.

Perkara itu diusulkan bagi meyakinkan rakyat dan ahli PAS bahawa PAS merupakan sebuah parti politik yang berintegriti tinggi.

Bagaimanapun, kedua-dua usul berkenaan diterima dengan bahas dan akan dibawakan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) yang dijadualkan berlangsung esok – HARAKAHDAILY 12/9/2020

- Advertisement -