Teruskan usaha sebar dakwah – Dr Nurul Hani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru para muslimat agar terus berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan dakwah dan mendekati masyarakat serta meningkatkan keahlian terutama dalam golongan muda.

Menurut Penyelaras Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Nurul Hani Ali, muslimat berperanan sebagai sayap perjuangan PAS yang terdiri dari gabungan muda dan berpengalaman dalam pelbagai demi memastikan visi muslimat PAS dalam menerajui gerakan wanita yang memperjuangkan kesejahteraan.

- Advertisement -

Sementara itu beliau berkata, Muktamar merupakan satu medium untuk merapatkan hubungan dan menyatukan fitrah serta menyemarakan perjuangan.

Bagaimanapun beliau berkata, Muktamar PAS tahun ini diadakan dalam suasana normal baharu dengan mengambil kira wabak Covid-19 yang masih menular.

Justeru itu, beliau turut menyeru agar seluruh Dewan Muslimat PAS Malaysia serta semua pihak agar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengelak dari wabak Covid-19.

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke-60 telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Dewan Muslimat PAS, Senator Ustazah Nuridah Salleh, di Hotel Premiera Menara MARA Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Muktamar yang membawakan tema ‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’ ini menjadi pembuka tirai kepada Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-60. – HARAKAHDAILY 11/9/2020

- Advertisement -