PRN Sabah: Jiwa besar Presiden PAS

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menyambut baik kenyataan terbaharu Presiden PAS yang menunjukkan jiwa besar seorang ahli politik.

Advertisement

Presiden PAS dalam kenyataan tersebut mengatakan PAS memberi laluan kepada semua parti politik untuk bertanding demi kesatuan dan kesepaduan.

PAS Sabah menyahut kenyataan tersebut secara baik dan akan terus memberi bantuan kepada calon-calon komponen yang bertanding.

PAS Sabah memberi penuh iltizam akan memastikan kesatuan ini akan terus teguh dan akan memenangi pilihan raya kali ini.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
11 September 2020 – HARAKAHDAILY 11/9/2020