Perhebat kesedaran masyarakat daftar undi

- Advertisement -

MERUJUK kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), seramai 4.2 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih tidak daftar mengundi menzahirkan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan memilih masih lagi lemah.

- Advertisement -

Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana pelbagai kempen dan program telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malah pendaftaran secara online turut diperkenalkan bagi memudahkan proses pendaftaran.

Oleh yang demikian, saya menyeru agar rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk membuat pendaftaran dengan segera bagi membolehkan hak dan kewajipan dilaksanakan bila-bila masa sahaja.

Tidak dinafikan, proses pendaftaran automatik sedang diusahakan dan dijangka bermula Julai 2021, namun pilihan raya boleh dilaksanakan walaupun proses tersebut masih belum selesai.

Masyarakat seharusnya sedar dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rakyat adalah tongak utama dalam menentukan pembentukan sesebuah Kerajaan.

Justeru, saya menyeru agar semua rakyat terutama 59,721 orang rakyat Terengganu yang masih belum mendaftar untuk memberi komitmen yang sepenuhnya dengan membuat pendaftaran mengundi dengan kadar segera bagi memboleh semua individu bersama-sama menentukan masa depan negara.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 11/9/2020

- Advertisement -