Muktamar DMPM patuhi SOP

Briged Muslimat, Nurul Hafizah Zainal Abidin yang bermusafir dari Temerloh, Pahang ditugaskan memastikan SOP Muktamar DMPM berjalan lancar. (Foto SYAHIRAH SALLEH)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Walaupun Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ini berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) belum berakhir, namun kesungguhan DMPM untuk menjayakannya harus dipuji.

Muktamar DMPM kali ke-60 berlangsung dengan penuh tata tertib mengikut prosedur operasi standard (SOP) tanpa mengabaikan satu pun daripada SOP yang ditetapkan.

- Advertisement -

Bermula daripada imbasan QR Code melalui MySejahtera dan Selangkah, kemudian imbas suhu, penyediaan pembasmi kuman, penjarakan sosial di dalam ruangan lif serta penjarakan sosial sebelum dan ketika majlis berlangsung.

Briged Muslimat, Nurul Hafizah Zainal Abidin merupakan salah seorang petugas yang memastikan peserta yang hadir keluar masuk mengikut laluan yang ditetapkan.

Kata Nurul Hafizah, setakat ini pergerakan majlis begitu tersusun dan kesemua peserta mampu mematuhi SOP serta arahan-arahan yang disediakan menjadikan tugasnya juga berjalan lancar.

Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia hari ini berlangsung di Hotel Premiera, Menara MARA Kuala Lumpur, di sini. – HARAKAHDAILY 11/9/2020

- Advertisement -