Kelantan tingkat aktiviti hiliran industri perkayuan

- Advertisement -

GUA MUSANG: Kerajaan negeri akan mempertingkatkan aktiviti hiliran dalam industri perkayuan bagi mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, industri itu mempunyai potensi jika dimanfaatkan sepenuhnya menerusi pengeluaran produk.

- Advertisement -

Katanya, usaha tersebut diterjemah kerajaan negeri dengan pelancaran Kompleks Industri Perkayuan Sumber Diperbaharui di kawasan seluas 349 ekar di Gua Musang.

“Ia sejajar dengan Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan 2016-2025, di bawah Tonggak Kemakmuran, Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan.

“Untuk itu, kita mewujudkan sebuah pusat perindustrian baru di sini yang akan memberi tumpuan industri hiliran berasaskan perkayuan,” katanya pada perasmian Kompleks Industri Perkayuan Sumber Diperbaharui (Madinatul Athasi) di sini, semalam.

Turut hadir Penasihat Undang-undang, Dato’ Shahidani Abd Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Usahawan, Dato Hanifa Ahmad dan wakil-wakil rakyat.

Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan usahawan tempatan dan luar negara untuk menerokai potensi pelaburan di Kelantan dalam bidang tersebut. – HARAKAHDAILY 11/9/2020

- Advertisement -